Housemanship

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama tak menulis di ruangan ini. Dua tahun. Ya, dua tahun. Done tiup sawang.

Banyak benda yang berlaku dalam masa 2 tahun ini. Suka, duka, ketawa, canda, air mata, peluh keringat dan sebagainya.

Alhamdulillah berjaya menamatkan latihan siswazah (baca: housemanship/HOship) dalam masa tepat 2 tahun. Rasa sekejap je.

12512457_562117313938295_2292767598832783525_n
Kredit: rakanmedik.com

 

Hari tu saya ada buka kotak soalan di laman Instagram saya (@rashdanroslan) untuk mereka bertanyakan soalan-soalan yang saya akan jawab di blog ini. Maaf, saya baru sempat nak jawab.

 

1) Which department in HO yg paling mencabar ? mirulfarhann

2) Posting paling mencabar durrahgafar

Dua soalan yang lebih kurang sama, jadi saya jawab sekali harunglah ya.

Semua jabatan mempunyai cabaran yang tersendiri. Namun secara peribadi, saya akan kata O&G merupakan posting yang paling mencabar. Kenapa?

  1. First posting – setelah 11 bulan goyang kaki, eg. berehat dari dunia perubatan. Ditambah pula masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana di Malaysia.
  2. Tagging masa bulan puasa
    1. Mudah penat, tak tahan kesibukan bilik bersalin. Saya pernah MC dua hari semasa tagging (hari ke-4 dan ke-5) kerana pening kepala. Rupanya tekanan darah tinggi (154/105 mmHg). Alhamdulillah selepas itu tekanan darah kembali normal. Saya tak pandai kawal stres masa awal-awal dulu.

 

Geng intake May ’17 HO HUSM. DONE HO!

 

3) Sepanjang HO di HUSM, pendapat Dr department mana yg boleh dikatakan toxic? – nikajiq

Ramai orang kata O&G dengan Surgery. Tapi, you are what you think. Kalau toxic yang anda fikir, maka toxiclah dia. Teringat kata-kata Ayahanda Mantan Pengetua SM Sains Alam Shah (ASiS), Tuan Haji Idrus,

“Jadilah seperti ikan di lautan, walaupun dikelilingi air yang masin, isinya tidak masin.”

 

Kalau rasa toxic, maka toxiclah. (sekadar gambar hiasan)

4) While doing houseman…what make u keep going ? There are high percentages of burnout – helmi9417

Nawaitu untuk jadi seorang doktor yang keeps me going. Sentiasa disemat dalam hati.

Selain itu. keluarga merupakan penyokong kuat saya dalam perjalanan saya selama ini, dari dulu lagi. Alhamdulillah, di hospital, saya ada ramai rakan sekerja yang mendorong dan menyokong saya, terutamanya batch HO May 2017. Macam adik-beradik lain mak lain bapak.

Kata-kata daripada Timbalan Dekan USM-KLE merangkap “Ayah” saya selama 5 tahun di India dulu sentiasa saya pegang kemah keming.

“To survive housemanship and medical field, you have to be resilient.” – Prof Kamaruddin Ja’alam.

Mengenai kehabisan tenaga @ burnout, anda perlu tahu simptom-simptomnya. Jika anda mengalami salah satu atau beberapa simptom yang tertera, tolong jumpa orang-orang yang boleh membantu redakan masalah yang melanda, contohnya kaunselor, rakan sekerja.

1_0E2qf3uF1cNhH4iaDdEIGg.png
Kredit: blog.doctorondemand.com

 

5) Abg nak takbuat video dlm 3 minit pengalaman ho 2 tahun ni. Ingat nak share dekat insta bicara Hebat – ridzuan.jamian

Boleh je, takde masalah, nanti Abang hubungi Ridzuan semula. Lupa nak contact hari tu.

 

6) nasihat dr untuk student usm khususnya – a__aqilah

Luas skop nasihat nak diberi ni. Saya beri secara umum sahaja ya.

  • Betulkan niat dalam belajar
  • Hormati ibu bapa, tenaga pengajar dan rakan-rakan
  • Jangan ponteng kelas
  • Sentiasa luangkan masa untuk ulang kaji pelajaran
  • Bantu rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dan kesulitan
  • Kongsi ilmu dengan orang lain supaya kita lebih ingat apa yang kita pelajari
  • Sentiasa bertanya jika ada keraguan, terutamanya kepada para pensyarah dan seniors. Malu bertanya, sesat jalan.

 

7) Any experience on facing superiors who are toxic or malignant? If yes, then how to deal with it? – aimanhau

Ya, di mana-mana pun akan jumpa suasana yang toksik. Tidak terkecuali, boss-boss yang malignant, tapi bukan semua. Hanya sebilangan sahaja setakat ini.

Cara terbaik untuk deal adalah menggunakan akal fikiran kita sebagai penapis untuk asingkan perkara mana yang baik dan buruk. Fokus isu/topik/perkara penting sahaja. Bebelan-bebelan yang tidak sepatutnya tu, anggaplah masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Jangan tambahkan lagi kemarahan mereka yang sedang marah. Jangan dicurahkan minyak di atas api yang membara, nanti terbakar hangus rentung. Selalulah mengaku salah sekiranya memang kesilapan berpunca daripada diri sendiri. Kalau bukan salah kita, jangan terlalu defensif. Elakkan percakaran.

 

8) Berapa jam average sehari & seminggu kerja. Berapa banyak gaji w & w/o allowance hahahaa – asyrafzafri

Sehari kerja dari jam 7 pagi hingga 5 petang. Chop! Ini di atas kertas sahaja. Ada hari yang kena kena datang lebih awal dan sangat awal. Contohnya, saya pernah jaga wad yang ada 20+ pesakit dan hanya saya seorang HO yang bertugas pada hari berkenaan. Jadi, saya datang seawal jam 5.30 pagi untuk mula review pesakit. Pukul 7.30 pagi, boss dah datang. Balik pula amat jarang dapat balik on time. Mungkin kerana ketidakcekapan diri sendiri atau sebab kerja yang bertimbun. Sekarang di hospital saya dah ramai HO, inshaAllah mereka dah dapat bahagi-bahagi kerja dengan lebih baik.

Mengikut arahan terkini Menteri Kesihatan, seorang HO hanya boleh bekerja selama 60-62 jam sehari, dan perlu ada sehari cuti (OFF). Biasanya jadual seorang HO berbentuk seperti ini:

Shift A: 7.00am-6.00pm (3x/minggu)

Shift B: 7.00am-9.00pm (1x/minggu)

Shift C: 8.00pm-9.00am (1x/minggu)

Gaji? Ini contoh slip gaji seorang HO:

gaji ho.png

9) Tolong tulis tips2 untuk survive setiap department, clinical skills yang kena fokus sekali. Tq – zhuirfan

Tips untuk survive setiap department secara umum:

  1. Nawaitu kerja kena betul. Lillahi ta’ala.
  2. Masa dapat logbook, sila tengok objektif dan perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa posting berkenaan supaya kita dapat tahu apa expectation semasa di posting berkenaan.
  3. Kena ingat, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Kuatkan semangat.
  4. Tiada duka yang abadi, akan ada cahaya di hujung terowong. Jika ada masalah, bersyukurlah, mungkin ada orang masalahnya lebih besar daripada masalah kita.

Done ceramah. Kembali ke topik asal, anda kena persiapkan diri dan tajamkan kemahiran-kemahiran asas seperti..

  • ambil darah
  • pasang branula
  • ganti drip (walaupun kebanyakan masa, staff nurse yang akan buat)
  • pasang BP cuff (saya pernah jumpa HO tak reti pasang BP cuff!)
  • CPR/basic life support
  • pasang urinary catheter
  • history taking (remember your LORDSANFARO / OLD CARTS ?)
  • intepretasi graf-graf penting seperti ECG, ABG, CTG
  • julat-julat normal sesuatu ujian makmal
  • interpretasi x-ray
  • Clinical Practice Guidelines (CPG)

Untuk surgical-based postings (Surgery, O&G, Orthopaedics),

  • Sila belajar cara scrubbing untuk masuk pembedahan
  • Belajar assist kes-kes elektif dan kecemasan
  • Kalau masuk dewan bedah (OT), tolong pastikan pesakit yang sampai merupakan pesakit yang betul, tolong tulis maklumat pesakit di atas papan putih, tolong sediakan antibiotik, lepas scrub, tanya MO sama ada boleh tolong cucikan dan drapekan kawasan yang ingin dibedah
  • Sila berkenalan dengan alatan-alatan bedah dan sekutunya.
  • Tahu macam mana nak sediakan pesakit kes-kes kecemasan (isi borang emergency OT, kena set 2 large bore branula, kena NBMkan pesakit, berapa banyak drip nak kena bagi, etc..)
  • Kena tahu macam mana nak tulis operation notes

Untuk Surgery,

  • Kena tahu macam mana nak assist prosedur-prosedur seperti colonoscopy dan endoscopy
  • Belajar buat dressing, wound desloughing
  • Kena master guna proctoscope
  • Cuba buat hemorrhoid banding
  • Kena tahu regimen untuk bowel preparation
  • Observe prosedur seperti suprapubic catheterisation

Untuk Ortho,

  • Wajib kena pasang Plaster of Paris (POP) dan back slab serta skin traction
  • Tahu macam mana nak pasang splint
  • Buat atau at least bantu dalam closed manipulative reduction (CMR)
  • Observe cara pasang skeletal tractions
  • Boleh buat incision and drainage (I&D)

Untuk O&G,

  • Kena pandai conduct delivery dan buat serta jahit episiotomy
  • Kena pandai buat vaginal examination (VE) dan per-speculum examination
  • Belajar guna USG machine
  • Wajib tahu baca dan pasang CTG, kena tahu abnormal CTG dan masa-masa yang perlu minta bantuan.
  • Tahu cara nak monitor ibu-ibu yang ada PIH dan pre-eclampsia
  • Kena tahu macam mana nak detect cord prolapse dan macam mana nak manage sementara tunggu pertolongan tiba
  • Kena tahu macam mana nak buat artificial rupture of membrane (ARM)
  • Kena belajar lukis partogram dan cara interpretasi
  • Kena tahu cara refer kes kepada team neonate untuk kes-kes tertentu (eg. born flat, MMSL, grunting etc.)
  • Kena tahu management kes-kes kecemasan seperti eclampsia, PPH, cord prolapse, shoulder dystocia
  • Kena pandai buat pap smear

Untuk medical-based postings (Medical, Paeds),

  • Baca topik kecemasan medical banyak-banyak
  • Kena banyak practice untuk insert IV line (especially untuk Paeds.. practice makes you almost perfect)
  • Kena baca dan lulus Neonatal Resuscitation Program (NRP)
  • Sila beli dan baca serta hadam Paeds Protocol.
  • Baca CPG tajuk-tajuk penting seperti diabetes, ACS, stroke, hypertension, dengue
  • Master ECG!

Untuk Emergency Department, basically recap balik semua department yang pernah dilalui, dan kena baca extra untuk department yang kita belum lalu (macam saya, 4th posting dah pergi ED. Huhu.) dan juga department yang tidak dilalui (Psikatri, Neuro dll.). Selain itu,

  • Kena perkemaskan balik BLS dan belajar ATLS
  • Tahu dan kenal ubat-ubat dalam troli kecemasan
  • Kena belajar guna ventilator
  • Kena pandai insert arterial line, chest drain
  • Belajar intubate!

Nanti tagging first posting, kena laju-laju cepat-cepat belajar benda-benda asas lain seperti cara isi sample dalam sistem komputer, buat discharge summary, tak lupa juga kemahiran-kemahiran ambil blood culture, ambil ABG dan sebagainya.

Continuous Medical Education (CME) kena datang sekurang-kurangnya 75-80%. Kalau tak cukup kehadiran tanpa sebab yang munasabah, inshaAllah kena extend.

 

Ada ni haa, tengah tunggu surgeon sampai

10) Tips to survive ho. Oncall things to be done. How to build good rapport with sn and mo specialist – farabinizam

Hari oncall nanti, pastikan telefon bimbit berfungsi dengan baik, bateri penuh, sentiasa di sisi termasuklah ke dalam toilet, sebab emergency akan datang bila-bila masa sahaja. Datang kerja nanti terus ambil passover dari rakan-rakan yang dah kerja waktu siangnya. Kena tengok pesakit di kubikel acute dan pesakit-pesakit lain yang memerlukan pemantauan rapi. Ikut round oncall dan ikut juga arahan MO oncall.

Nak bina rapport dengan SN, MO, Specialist? Be nice to everyone. InshaAllah, bila kita baik dengan semua orang, inshaAllah, Allah akan permudahkan kehidupan seharian di hospital. Letaklah makanan dalam pantri wad sekali-sekala. Hehe. Kalau nampak orang tak nak baik dengan kita, nak buat macam mana. T.T

 

Membawang di dalam pantri

 

Akhir kata, jangan fikir housemanship sebagai bebanan. Fikir semula tujuan housemanship untuk melatih dan mempersiap HO agar boleh bekerja sendiri setelah tamat HO. Bayangkan korang kena campak seorang diri dekat KK mana entah, masa tu tiada siapa nak bantu. Kena ambil peluang untuk belajar dengan sebaik mungkin. Saya pun taklah hebat dan sempurna mana, tapi bro cuba.

Sekian sahaja bebelan untuk kali ini. Sejujurnya rasa amat tidak layak untuk beri nasihat menerusi ruangan ini kerana saya bukanlah seorang bekas HO yang cemerlang, tapi dengan pengalaman yang tak seberapa ini, saya kongsikan, semoga bermanfaat. Sebenarnya banyak lagi points yang tertinggal dalam jawapan saya di atas.

Jika ada sebarang ruang yang boleh ditambah baik, boleh tinggalkan maklum balas di ruangan komen ya.

 

Feeling discouraged? Remember, diamonds are made under pressure.

 

DRR